nuffnang

Monday, 28 November 2011

Haiwan Pelik??!!!

Haiwan pelik???!!tak pelik sangat...sebenarnya bukan pelik..cuma jarang kita lihat...kalau hari-hari kita jumpa...mesti tak rasa pelik kan?hahahaha...apa pun jom tengok haiwan yang dikatakan pelik tu....zassss

1.Tikus mondok berhidung bintang (Condylura cristata) - ala..yang dalam movie G-force 2...ingat tak?



2. Sotong Kutub Selatan (Mesonychoteuthis hamiltoni) - haiwan yang mempunyai mata paling besar...dapat seekor makan sebulan tak abis lagi nih..huhuhuhu



3. Aye-aye (Daubentonia madagascariensis) - yang ni pulak dalam madagascar...taw tak yang mana satu?



 4. Ketam Yeti (Kiwa hirsuta) - tengok pengepit dia...macam tengan yeti kan?


5. Platipus (Ornithorhynchus anatinus) - Si mulut itik semi akuatik...



6. Kelawar Madagascar (Myzopoda aurita) - tengok telinga dia...besar tak?



7. Narwhal (Monodon monoceros) - Ikan bertanduk kutub...tajam tuu...



8. Liger (Panthera Tigris) - Lion + Tiger = Liger



9. Jerboa (Dipodidae) - Tikus bertelinga besar ni maw lawan dengan Kelawar Madagascar..tengok telinga sapa lagi besar..hahahha



10. Katak Mexico (Rhinophrynus dorsalis) - katak yang suka duduk dalam tanah....huhuhhuhu



Saturday, 26 November 2011

Minuman Mendewasakan Seseorang.....


         Minuman adalah benda yang biasa kita jumpa dan sangat-sangat diperlukan...setiap hari kita memerlukan minuman...betul kan? minuman sekarang ini tidak sama seperti zaman dahulu...memang masih ada yang seperti dahulu..tapi diperbaharui atau dipermodenkan lagi...berbagai jenis produk, warna, perisa dan juga harga....tapi tidak sangka pula minuman juga berkait dengan peringkat umur...saya juga baru saja tahu tentang perkara ini ketika makan bersama beberapa orang sahabat yang lain.

         Kami ketika itu makan disebuah restoran "makanan cepat" 24jam berhampiran dengan tempat saya dan sahabat handai menuntut ilmu. Kami berkunjung ke sana selepas selesai menduduki kertas ujian yang bermula pada jam 2.30 petang...oleh sebab itu kami tidak sempat untuk menjamah makanan tengah hari..hanya mengalas perut dengan roti yang dibeli sahaja...disebabkan perut yang berkeroncong minta diisi..kami berkunjung ke restoran tersebut...saya yang merupakan orang kampung ini tidak pandai untuk minum minuman bergas yang agak popular dan biasa dijual disitu...jadi saya memesan minuman berperisa coklat yang juga terkenal sejak zaman saya kecil lagi.

            Seingat saya...saya memang penggemar minuman tersebut sejak dari kecil hingga sekarang....cuma sekarang jarang-jarang saya minum..bukan disebabkan sudah tidak menggemari..tapi agak mahal walaupun dijual dikedai atau warung biasa..jadi saya hanya memilih teh o ais yang mana lebih murah berbanding minuman tersebut. Begitu juga dengan minuman yang terdapat direstoran tersebut...harganya lebih mahal berbanding minuman bergas yang dijual disitu..tapi disebabkan tidak pandai minum minuman bergas..saya memilih minuman coklat tersebut walaupun  mahal.

             Setelah selesai mengambil "makanan cepat" yang dipesan..kami masing-masing mengambil tempat dan memenuhkan ruang kosong dalam perut kami..sambil berbual dan bercerita...pengalaman serta kisah-kisah...tiba-tiba seorang sahabat saya ini menegur minuman yang saya pesan tadi.."minum ini ke?macam budak-budak..." disambut pula gelak ketawa seorang sahabat lagi...saya yang agak terpinga-pinga berfikir...begitu juga beberapa sahabat saya yang lain....kenapa?why? berbagai-bagai persoalan berada diminda...adakah saya telah salah memilih pesanan untuk kanak-kanak? jadi saya terus meneliti disetiap sudut bekas minuman yang berwarna-warni tersebut jika terdapat penerangan yang tertera "SESUAI UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 12 TAHUN KE BAWAH SAHAJA" seperti yang terdapat pada alat-alat mainan yang biasa dijual...tapi saya tidak menjumpainya.

               Saya yang masih belum berpuas hati dan terpinga-pinga...bertanya kepada sahabat saya tersebut..minuman yang seperti mana sesuai untuk diminum oleh orang yang berperingkat umur seperti saya ini...dalam otak saya pada ketika itu adalah kopi panas, teh tarik atau juga nescafe panas yang juga ada dijual disitu...tapi jawapan saya semuanya tidak kena...jawapannya adalah minuman bergas yang jauh lebih murah berbanding minuman budak-budak yang saya pesan...barulah saya tahu...rupanya minuman tersebut menampakkan kedewasaan seseorang yang menikmatinya...tapi saya agak pelik..kenapa minuman untuk kanak-kanak ini lebih mahal berbanding minuman bergas untuk orang dewasa?seingat saya setiap benda yang dibuat untuk kanak-kanak adalah lebih murah..contohnya tambang bas...untuk kanak-kanak lebih murah.

               begitu juga tiket zoo dan juga tempat-tempat lain...jika saya meneliti semula benarlah kata beliau....mungkin minum tidak sama dengan tiket...mungkin juga restoran tersebut mahu menarik pelanggan dewasa yang gemar berkunjung ke restoran mereka...jadi minuman tersebut diletakkan harga agak murah....tapi pada ketika itu saya teringat yang saya pernah nampak sahabat saya ini menikmati aiskrim yang juga mempunyai perisa yang hampir sama dengan minuma kanak-kanak yang saya pesan...tiba-tiba timbul persoalan diminda saya ketika itu...adakah aiskrim menampakkkan kedewasaan seseorang itu??sekian..hehehehehhehe... =)

Wednesday, 23 November 2011

Hero Labah-labah Baru!!!


The Amazing Spider-man (ASM) menampilkan pengarah dan juga pelakon baru...walaupun tak banyak yang sony umumkan tentang ASM ni...Apa pun asal usul Spider-man dan juga kehidupan Peter Parker sebagai pelajar dan juga superhero diperbaharui...watak-watak lama seperti J.Jonah Jameson, Mary Jane Watson & Harrry Osborn digugurkan..



pelakon hero pulak...Andrew Garfield dah ganti Tobey Maguire...suit superhero pun dah diperbaharui.... web shooter dipaparkan seperti dalam komik yang mana direka oleh Peter...so sapa pulak jadi awek labah-labah ni??huhuhuhu...Gwen Stacy dilakonkan oleh Emma Stone..


Dalam ASM ni tampil watak-watak seperti Bapak Gwen iaitu Geogre Stacy (Denis Leary) merupakan pengawai polis New York...Flash Thomson (Chris Zylka) sebagai kaki buli peter tapi seorang peminat spidey nih...macam biasa Ben & May Parker (martin Sheen & Sally Field)..dengan ayat terkenal Ben "with great power comes great responsibilty"...ASM juga telah menampilkan ibu bapa Peter merupakan ejen CIA iaitu Richard & Mary Parker (Campbell Scott & Julianne Nicholson)...


Dah habis pasal hero..kita tengok pulak..siapa musuh hero labah-labah ni???kali ni adalah Lizard lakonan Rhys Ifans dan Nels Van Adder iaitu Proto-Goblin (Irrfan Khan)..ok malas nak cakap banyak dah..jom layan trailer movie ni..zassss


Tuesday, 22 November 2011

Terbaru Naruto & Killer B VS Jinchuriki lain!!!


Manga Naruto episod terbaru, Naruto dan Killer B berdepan dengan Madara (Tobi). Di situ bermula Pertarungan apabila Tobi menyeru Jinchuriki lain (Yugito Nii-Two tails, Yagura-Three tails, Roshi-Four tails, Han-Five tails, Utaka-Six tails, & Fu-Seven tails).


Apa yang agak mengejutkan...Tobi meletakkan mata Sharingan dan Rinnegan kat semua Jinchuriki...


Naruto juga dah bongkarkan yang Kabuto telah menyeru Madara sebenar.Sapa sebenarnya Tobi ni?? untuk mengetahuinya..Naturo perlu berdepan dengan Jinchuriki yang lain...


So dapat ke Naruto tewaskan Jinchuriki yang lain dengan kuasa Kyuubi?Sapa sebenarnya Tobi ni?nantikan episod seterusnya...


credit by :- http://www.mangareader.net/naruto/564 mangareader.net

Monday, 21 November 2011

Tips Memilih Backpack yang sesuai


Backpack adalah brg terpenting bagi penggemar outdoor...kalau tak mana nak taruk barang2 suma...betul tak? so backpack yang macam mana kita nak beli untuk aktivti kita? beli backpack yang salah boleh menyebabkan sakit tulang belakang dan jugak bahu..meh tengok apa yang perlu diambil kira sebelum membeli backpack..

Yang pertama sekali jenis...backpack jenis apa yang kita nak beli...sekarang banyak jenis backpack kat pasaran...backpack jugak ada jenis untuk lelaki dan perempuan...biasanya backpack untuk perempuan lebih slim dan sedikit kecil...pastu kita tengok keselesaan...yang ni penting..mahal sikit tak apa...nak pakai lama...backpack yang baik adalah backpack yang selesa untuk perjalann jarak jauh atau jarak dekat...kemudian kita tengok pulak saiz backpack kita...bergantung kepada jangka masa aktiviti kita la...bagi short travel iaitu 3-4 hari kebanyakan memilih 40L-60L...kalau long travel pulak..bagi aktiviti yang lama...contohnya duduk dalam hutan seminggu la...disarankan 60L keatas...tapi kalau pompuan tu bawak la yang kecik2 sikit...cara menyusun barang2 dalam backpack pun penting..kalau tak 80L pun tak ckup...

Daypack - 20L-35L
Medium - 40L-70L
Large - 70L dan keatas


kalau yang ada '+' pulak..contohnya 45L+10L...ini sebenarnya ada sesetengah backpack tu boleh wat partition menggunakan zip untuk asingkan dua ruang...bagi aku...aku selalunya letak sleeping beg kat bawah tu..senang nak ambik dan senang nak simpan...ada jugak yang letak baju atau selipar....ada jugak yang tanya 40L tu besar mana?urmm..susah jugak nak menjawabnya...macam ni la senang..

10L = 610 cubic inch
40L = 2441 cubic inch
60L = 3661 cubic inch
80L = 4882 cubic inch

sekarang kita tengok pulak cara menentukan saiz backpack dengan cara ukuran torso..moh tengok video bawah ni...huhuhuhuhu




L-studio

Tekan-Tekan Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

x change