Yonex, Li-Ning, Gosen, Apacs, ProAce adalah antara jenama raket popular. Tapi Yonex dan Li-Ning antara yang termahal. Bagi yang baru dalam sukan badminton, memilih raket yang mahal dan mengikut trend jenis raket permain profesional bukan bermakna bagus untuk anda. Raket yang paling mahal belum tentu sesuai untuk anda. Mungkin jugak betul bagi sesetengah orang. Ini kerana raket hi end yang mahal biasanya mempunyai shaft yang stiff. Bagi anda yang masih baru, mungkin memberi masalah kerana belum cukup kekuatan tangan dan kelajuan hayunan. Jadi sebelum membeli raket, anda perlu membuat research terlebih dahulu.
Gaya Permainan
- Menyerang (Offensive) atau kuat smash, raket yang dipilih jenis 3U atau 2U dengan balance point 285-300(head heavy) dan fleksibiliti raket Extra Stiff atau stiff
-Bertahan (Defensive) dan control, raket yang digunakan jenis 4U atau 3U dengan balance point 270-285(head light) dan fleksibiliti raket madium atau flexcible.
-Seimbang (Defensive & Offensive) boleh memilih raket jenis 3U, balance point 275-285(neutral) dan fleksibiliti medium flex.
Spesifikasi Raket
-Fleksibiliti Raket : Extra Stiff(kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible & Flexible
-Berat Raket : 2U(90-94g), 3U(85-89g), 4U(80-84g)
-Ukuran Grip : G2(4″). G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.35″)
-Titik Keseimbangan : 270-280(Head Light-Defensive), 275-285(Neutral-All Round), 285-295(Head Heavy-Offensive), 295-300(Extra Head Heavy-Offensive)
-Bentuk Raket : Conventional (Oval biasa) & Isometric (Oval dengan bahagian atas mendatar)
-Panjang : 26″-Standard & 26.5″-Long
-Bahan : Aluminium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.
Semua spesifikasi ini perlu diketahui bagi mendapatkan raket yang sesuai. Bagi yang baru, memilih raket yang balanced adalah cara paling selamat. Spesifikasi yang perlu dipilih adalah:
Bahan : hanya raket carbon/graphite
Bentuk : Isometric
Berat : Medium(84-86g)
Titik Keseimbangan : Balanced(285-290mm)
Saiz grip : G4/G5 (yonex terminology)
Fleksibiliti : Medium Stiff
Ketegangan Tali : 25 lbs dan ke atas
Jadi anda boleh senaraikan raket-raket yang mempunyai spesifikasi seperti diatas. Kemudian bolehlah membuat pilihan jenama, rekabentuk, kombinasi warna dan harga. Adalah lebih baik meminta nasihat daripada penjual sebelum membeli, mungkin dari situ anda dapat pelbagai maklumat yang belum anda ketahui. Untuk kali pertama, cuba pasang tali pada ketegangan yang biasa antara 23-24 lbs. Setelah lama bermain, anda dapat meningkatkan ketegangan tali mengikut skill, kekuatan dan gaya permainan anda.
No comments:
Post a Comment