Baru-baru ini beberapa orang pelajar menunjukkan sindrom yang pelik. Sindrom ini semakin menjadi-jadi dikalangan pelajar IPT. Kebanyakannya berlaku dihujung semester yang mana semakin kronik.
Tanda-tanda sindrom ini :
-Tidak tidur malam.
-Mata bengkak dan merah.
-Kurang bercakap.
-Berkurung didalam bilik.
-Rambut serabai dan muka menunjukkan tanda tidak senang.
-Tidak suka diganggu.
-Mulut terkumat-kumit tanpa henti.
-Kadang kala terjerit-jerit.
-Benci melihat jam sebab merasakan waktu terlalu cepat.
-Jika bersembang gemar bercakap-cakap tentang fakta-fakta.
-Gemar minum kopi tongkat ali, nescafe, kopi kapal api dan sebagainya.
-Sentiasa membawa buku, kertas nota dan pen serta tak ketinggalan karkulator.
-Balas SMS ringkas tanpa ayat penyambung atau soalan.
Pemeriksaan mengesahkan bahawa ini adalah SINDROM EXAM yang memang sering berlaku... Jadi kepada pelajar-pelajar, sila buat pemeriksaan sendiri jika ada sindrom-sindrom ini pada anda....=P