Seorang nelayan di Iwate telah membuat tangkapan yang mengejutkan iaitu sebuah beg berisi wang tunai 11juta yen (RM440 ribu) yang mana mungkin dihanyutkan oleh tsunami. Nelayan tersebut menarik dari laut ke pantai Ofunato wilayah Iwate. Setelah meyedari kandungan beg tersebut adalah yang tunai, nelayan tadi menghantar tangkapannya ke Dewan Perbandaran Ofunato. Jujur betul nelayan ni.
Wang tunai ini akan diserahkan kepada nelayan yang jujur tadi sekiranya tiada tuntutan yang dibuat setelah 6 bulan iaitu pada 27 april 2012. Ini mengikut Akta Penyelamatan Bencana Laut, jadi pihak dewan perbandaran merayu kepada sesiapa yang kehilangan wang itu agar menuntutnya sebelum tarikh yang ditetapkan. Tiada pengenalan pemilik pada beg tersebut. Pihak berkuasa juga berkata ia mungkin sekali beg tersebut dihanyutkan pada bencana 11 mac lalu. Untung badan...dapatlah pada nelayan jujur tadi. Kalau anda bagaimana?huhuhuhu.....
No comments:
Post a Comment