nuffnang

Thursday, 16 June 2011

Pengalaman Seram Lagi Pelik....

Skang byk kisah2 seram kt tv...wayang pn ad jgk...tmbh2 plk bru2 ni ak bru dgr kisah seram rumah sewa RM50 di seksyen 2 shah alam....so tercari2 la aku kisah 2 kt tenet...akhirnya dpt jgk...sbnry dh lm kisah ni..tp ak yg lmbt..hahahaha...bila dok lyn kisah2 seram ni teringtt ak ms kt asrama dlu...mcm2 cite ad...ntah betl ke x...teringt jgk time ak menyakat bdk2  junior dok study..smpi kena baling batu la..hahahaha..time 2 xthu takut pa suma...jnji seronok ja...tp ad la pnglaman seram y btl2 ak kena...ms 2 ak tingktn 4...tahun 2004..kisahnya bgini...



Malam 2 adlh mlm jumaat...bg ak y seklh kt kedah..hr jumaat cuti...sbb esok cuti..warden x ksh sgt kami nk tdo kul bpa pn...jnji esk bgun subuh...ak n da geng sellunya tdo kt surau...surau 2 adlah surau bru...jauh dr asrama...ujung padang sklh..blkng 2 tanah org kampung...pokok sawit...mcm sellu..kami akn sembang2...mcm cite klur..psl kena denda x siap homework...kutuk org 2...kutuk org nih...mcm2 adaa...so sembang pnya sembang...suma tertdo...tgh2 dok best tdo 2...tiba2 ak dgr org pggl kt tgkap surau...dlm dok mamai 2 ak tgk member ak kt tingkp 2..."jom teman ak g tandas jap..." dgn malasnya ak pn pg jgk...tandas x jauh sgt pn dr surau 2...tp tw la kul 3 pgi nk pg sorg2..ak pn xmw...so member ak 2 pn masuk la dlm tandas...ak plk tggu ja kt luar...ms 2 x pk pn takot...mw xnya..tgh ngantok...tggu pnya tggu...bru ak sedo...dh setgh jam ak menunggu memebr ak...x klu2...ak pn msuk tndas cr member ak...bila msuk ja..tndas sunyi sepi...xdk sapa pn kt tandas 2...meremang bulu roma ak ms 2...pa lgi..lintang pukang ak lari ke surau...smpi kt surau ak tgk member yg ak teman td best jer tdo...bru ak tringt ms 'member' ak pggl 2...dy kt luar tgkp surau...ms 2 jgk bru ak perasan 'member' y ak teman td nmpk kaku jer...x byk ckp mcm sellu...suda..sp y ak teman td 2?...ak pn ap lg...landing tgh2 member2 ak...pejm mata...tdo...azan subuh baru ak terjaga...ni la slh s2 penglaman seram pelik yg ak penah rasa....mybe blsan kot..ak sellu menyakat bdk2 junior...so pengajaran kt cn...klu nk g tndas pg2 ajak2 la 2 3 org....lg s2 tgk kiri kanan dlu nk teman member....n jgn suka menyakat org...t terima la blasannya...

Monday, 6 June 2011

Gua Tempurung


Destinasi ke-2 tahun 2010 adalah Gua tempurung. Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuk kubahnya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Kali ni aku hanya berdua dengan En ali. Bertolak agak lewat dari Ipoh jaya iaitu rumah sewa aku. Lebih kurang 20 minit kami sampai di kawasan gua tempurung. Ketika sampai, kami dapati ramai pelawat lain yang datang. Ada yang sedang bersiap untuk bertolak pulang dan ada yang sedang minum sambil berborak. Kami terus menuju ke kaunter. Di situ terdapat 4 pilihan. 1st. Golden Flowstone, ke-2 Top of the World, ke-3 Top of the World & Short River Adventure dan ke-4 Grand Tour. Sebab berdua, kami hanya boleh mengambil pilihan pertama iaitu golden flostone. Selepas mendapat tiket, kami diminta mengikuti seorang penunjuk arah atau guide.


Masuk melalui pintu gua yang muat untuk 2 orang ketika berselisih. Dipermulaang.tempurung, masih menerima cahaya dari luar. Tapi bila dah masuk dalam cikit, hanya cahaya lampu saja yang digunakan. So kalau nak masuk bawak la torchlight sendiri, coz setengah tempat tak ada lampu. Perjalanan diteruskan dengan melalui titi dan tangga yang disediakan. Di tengah gua terdapat stalagmit yang besar, dengan menaiki tangga aku dapat lihat stalagmit tu dari atas. Kat bawah ada group yang terjerit2 ketika meredah air. Guide kami terlalu laju, so kami biarkan dia terus ke depan. Kami teruskan lagi perjalanan naik turun tangga, hingga sampai di satu peringkat yang mana ketika melintasi kawasan tu..boleh rasa tiupan angin yang agak kuat. Peluang ni kami ambil untuk menyejukkan badan yang dah berpeluh.


Habis rilek, kami terus lagi berjalan meredah gelap cerah gua tempurung. Banyak gambar yang aku snap, coz kalau ambil 1 2 belum tentu nampak jelas. Snap pakai fon je, lain la kalau pakai Nikon D90. Sampai di satu stage, memang dah tak ada orang. Tinggal kami je. Keadaan semakin gelap, coz ada lampu yang tak dinyalakan.
Sebelum penghujung jalan, kami perlu menuruni tangga yang agak tinggi. Boleh dikatakan setinggi 2 atau 3 tingkat bangunan. Keadaan memang bahaya, coz tak ada lampu pun yang dinyalakan. Setiap langkah perlu berhati-hati. Akhirnya berjaya juga turun. Walaupun tak ada lampu kat bawah tu, kami masih berjalan ke penghujung. Selepas snap beberapa gambar, kami berpatah  balik untuk pulang ke pintu masuk gua. Tangga tadi didaki, peluh dah mula membasahi baju. Ketika berpatah balik, baru kami jumpa group lain yang baru sampai ke situ.
Kami sampai di tempat tiupan angin tadi. Berehat sebentar, sambil menikmati tiupan angin yang tak tahu mana puncanya. Langkah dicepatkan, coz tekak dah mula terasa perit meminta air. Akhirnya sampai juga ke pintu masuk gua. Sebelum balik, kami singgah dikedai cenderahati. Selepas membeli cenderahati, kami bertolak pulang meninggalkan gua tempurung yang mana pernah menjadi tempat persembunyian komunis pada tahun 1950 hingga 1960. Namun pada tahun 1970, gua tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.

p/s: len kali ajak ramai2, nak ambik Top of the World atau Top of the World & Short River Adventure. Tak pun ambik Grand Tour terus..

Kellie`s Castle


Bangunan Istana Kellie atau Kellie`s Castle destinasi ke-3 aku, selepas Gunung Peninjau dan Gua Tempurung bagi tahun 2010. Walaupun dah kali ke-3 berkunjung di bangunan Istana Kellie ni, tapi masih lagi nak ke sana. Kali ni aku bertemankan 3 orang sahabat, iaitu En. ali, Ju dan Paeh. Dengan 2 buah yamaha 135LC, kurang 20 minit kami dah tercegat di depan kaunter tiket. Bayaran RM4.00 dikenakan sebelum memasuki kawasan istana kellie.
Selepas menyeberangi jambatan yang dibina, kami dapati ramai pelawat yang turut berkunjung ke sana. Bermula dengan melihat pokok yang menyerupai beruang seterusnya ke bilik penyimpanan arak. Bilik bawah tanah ni agak gelap, tapi aku masih boleh nampak apa yang ada kat dalam dengan bantuan cahaya daripada lubang udara yang dibuat. Boleh dikatakan tak panas keadaan bilik dibangunan kellie ni. Semua ruang mempunyai lubang udara, tambahan bangunan ni dibina dengan menggunakan bata tanah liat. Gambar diambil di setiap ruang. Menurut khabar angin dan cerita-cerita, sesiapa yang ‘Bertuah’ mungkin boleh bergambar bersama Smith atau anak-anaknya. Tapi semua gambar yang kami ambil tidak ‘bertuah’. Kami kemudian menaiki anak tangga yang membawa kami ke tingkat 2 bangunan. Keadaan dan bentuk bilik sama dengan bilik di bawah. Didinding tingkat 2 bangunan terdapat maklumat dan sejarah mengenai bangunan kellie ni.
Bangunan Istana Kellie ni dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. William Kellie Smith, menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen. Tapi tak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926.
Kami ke tingkat 3, yang mana ruang terbuka yang dikatakan untuk dijadikan ruang santai, juga tak sempat disiapkan. Matahari semakin menegak di atas kepala kami. disebabkan ruang terbuka. Bahang panas memang terasa. Langkah dicepatkan ke tingkat paling atas. Jam menunjukkan pukul 12.53, kami turun dan melawat ke bahagian dapur yang sudah roboh. Kemudian ke kawasan terakhir iaitu rumah pengawal dan ruang untuk kuda.


Dengan menyeberangi jambatan, berakhirlah lawatan kami di bangunan kellie yang mana kekal ‘sedang dibina’ dan menjadi tarikan pengunjung kerana keunikan serta misterinya yang tersendiri. Jam 1.20, kami berangkat pulang dengan gambar dan kenangan bangunan kellie. Diharap En. Ali dan Ju berpuas hati dengan lawatan ni. (p/s:gambar sedang diteliti….mungkin smith sudi bergambar dengan kami..)

Gunung Peninjau

Gunung Peninjau ada yang memanggil gunung kecil yang mana terletak di Ulu Chepor, Chemor. Gunung Peninjau berada dalam Hutan Simpan Keledang Saiong menjadi sebahagian dari Banjaran Keledang. G. peninjau destinasi pertama aku bagi tahun 2010. Selepas Xpdc berembun, aku dah mula minat nak terus mendaki gunung. G. peninjau adalah gunung ke-2 aku daki. Lepas ni tak tahu mana pulak. Trail G. Peninjau dah tak nampak macam laluan balak, mungkin kerana kaki gunung ni dah dijadikan kawasan perkelahan.
Kawasan ni tak jauh dari tol jelapang, lebih kurang 1km. Lengkap dengan kemudahan surau, chalet kayu, tandas dan kedai makan. Kali ni aku join Lafuma Malaysia  Adventure Group dari selangor, dan apip embi sebagai guide. Aku sampai seawal 9 pagi seperti yang dijanjikan. Tapi terpaksa menunggu pendaki yang tersilap jalan. Jam 11 pg, mereka sampai dan sesi bergambar dan berkenalan dimulakan.


Selepas semua selesai, kami mula menyusuri tepian jeram Sg. Ulu Chepor selama 30 minit sebelum melalui lintasan pertama. Sampai dilintasan pertama, kami berhenti sekejap menunggu pendaki yang ketinggalan di belakang. Sambil membuang 3, 4 ekor pacat yang dah lekat dikaki, aku berbual dengan pendaki lain. Dari situ aku tahu kebanyakan bukan pendaki baru. Dalam lebih kurang 20 pendaki, aku yang paling muda dan pendaki baru. Di situ juga kami bertemu dengan group yang diketuai oleh guide dari gopeng.


Lintasan pertama berhubung dengan lintasan ke-2 dengan laluan cerun. Dengan kecerunan 75-85 darjah, memang mencabar kekuatan kaki. Aku perlu berpaut pada pokok dan tali yang disediakan pada sesetengah tempat. Sebelum sampai ke Checkpoint permatang, aku terpaksa berhenti 2, 3 kali bagi menghilangkan kepenatan. Inilah beza antara pendaki baru dengan otai-otai gunung lain. Sampai di atas permatang, kami diminta mengisi air secukupnya, kerana ini merupakan lintasan air terjun terakhir. Permatang boleh memuatkan 30 orang untuk bermalam disitu. Group yang diketuai guide dari gopeng akan bermalam disitu dan akan mendaki ke puncak pagi esok. Setelah berehat selama 10 minit, pendakian diteruskan melalui denai yang agak senang dilalui kerana tidak bercerun. Tapi Laluan bercerun perlu dilalui selepas 5 minit dari permatang. Laluan tidak begitu sukar, namun tetap mencabar kerana ia merupakan laluan balak yang memakan masa agak lama. Setelah lama mendaki, kaki aku dah mula biasa dengan laluan bercerun. Langkah dicepatkan kerana hari semakin lewat. Kebanyakan otai lebih laju, aku yang berada dalam kumpulan otai agak ketinggalan diantara Kumpulan otai dan kumpulan kedua dibelakang aku. Jadi aku terpaksa mendaki berseorangan hingga kepuncak berpandukan ranting pokok yang dipatahkan.


Hati sedikit lega kerana sampai di satu peringkat, aku ternampak tanda ‘H.U.T everest’ yang menunjukkan pendakian hampir tamat. Laluan agak sukar dengan pokok berduri dan laluan yang kecil. Jam 3 aku sampai ke puncak yang ditanda dengan batu tanda dan beirut daripada asbestos. Pendaki kumpulan pertama yang sampai sedang berehat dan mengisi perut masing-masing. Aku juga tidak ketinggalan menikmati nasi bungkus yang dibawa sambil menghirup udara segar puncak peninjau. Dari puncak, aku dapat lihat pekan chemor dan g.korbu. Menurut apip, korbu adalah kedua tertinggi selepas g. tahan (7,186′) di semenanjung malaysia iaitu 7,162′.
Setelah semua pendaki sampai, kami mula bergerak turun. Lebih cepat dari mendaki tapi menguji lutut. Ketika turun, seorang pendaki kekejangan. Bekalan ubat dikeluarkan dan bantuan diberikan. Selesai itu, perjalanan diteruskan. Hari semakin gelap. Disebabkan laluan semakin gelap. Kumpulan hadapan tidak dapat mencari laluan untuk sampai ke lintasan. Semua agak cemas dan menunggu apip yang berada di belakang. Disebabkan hari semakin lewat dan headlamp tak dibawa, aku terpaksa meredah kegelapan dan sampai dilintasan pertama berseorangan. Berhenti mengisi air dilintasan, kumpulan yang aku tinggal tadi baru sampai. Kegelapan mula menyelubungi hutan lipur ulu chepor. Jam menunjukkan angka 6. Aku terpaksa meninggalkan kumpulan tadi dan mengikut seorang pendaki cina. Melalui jeram yang gelap memang sukar. Dengan jalan yang bercabang, menyebabkan aku dan pendaki cina tadi berpecah. Disebabkan kegelapan, aku memilih menyusuri tepian jeram. Sampai di tapak perkelahan ulu chepor, kerisauan hilang serta merta. kebanyakan pendaki sudah sampai. Aku menghilangkan penat seketika sambil minum dikedai tapak perkelahan. Sambil minum, aku berbual dengan pendaki wanita berbangsa perancis, yang mana agak fasih berbahasa malaysia. Azan kedengaran dari masjid berdekatan, aku meminta diri dan berangkat pulang. G. peninjau membuatkan aku ingin lagi mendaki. Aku harap gunung-gunung seterusnya akan menarik minat aku untuk terus mendaki.

Saturday, 4 June 2011

Bukit Kledang@Ipoh


Pernah pegi bukit kledang kt ipoh? har..mesti penahkn...kt menglembu 2 ja...bkn jauh pn...bukit kledang ni mmg popular la bg penduduk ipoh...ad jgk ak dgr org gelar kledang ni "view of ten thousand miles"...sbb klu dr atas bukit ni bleh nmpk beribu2 batu..sejauh mata memandang la senng ckp..hahahaha..bukit kledang ni jd tempat jogging..tranning..pa suma...ak pn dh lama x g nih..ingt esk nk g la...sapa nk join?kena bangun awal ...huhuhuhu..



Ni la ganjaran klu dtg awal...bleh tgk matahari naik...

Seawal jam 6.30 bukit kledang ni dh ada org...mmg rmi la...ad jgk geng2 basikal nek bukit ni...kebanyakan org2 yg dtg adlh berbangsa cina...melayu ad jgk..tp x seramai cina la...lgpn kwsn perumahan kt kaki bukit kledang ni pn kebnykannya cina...ok klu nk mendaki bukit ni  ad 2 laluan dr bwh...s2 jaoh tp senng...laluan tar biasa x ssh mn pn...s2 lg dekat tp susah...har yg ni ssh ckt sbb laluan tanah merah...berbukit2...pas2 kena daki tangga..mmg cepat smpi kt stesen hujan kt atas 2...tp tw la daki anak tangga...senak jgk la...tp klu dh biasa xdk hal la...


Ok bila dh mendaki2...nt akan jumpa simpang ke kiri ngn ke kanan...klu kanan x smpai puncak la dan akan jumpa stesen RTM pnya la kot x jaoh dr simpang td...tp xleh msuk kwsan 2...so klu nk ke puncak bukit kena ikot kiri...jaoh ckt la...daki2 lg jumpa selekoh tajam..kt c2 ad air terjun kecik ja...bleh la nk basuh2 muka pa suma...klu nk mandi ikot ska la...hahaha..dr selekoh td x jaoh dh dr puncak bukit...dh bleh nmpk pencawang dh...so klu dh smpai tahap ni terus ja...rugi klu x smpi puncak...dlm 15 minit smpi la puncak...ad pencawang pa suma la kt atas 2....kt sblh pencawang 2 ad s2 kotak..bleh dgr bunyi radio amatur kt c2...nk smpi punck 2 ambk ms bpa jam la jgk...so bwk2 la mknn...bleh mkn kt atas sblm turun blik....


Time turun ni uji tempurung lutut ckt...jgn laju2 sgt...nt bleh rs la kepala lutut 2 panas ja...esk bangun jalan mcm robot la jwbnya...huhuhuu...nk best nek awal pg...sbb blik nt x la panas sgt...ap pn bukit kledang ni mmg best...skng byk dh upgrade...klu sakit perut pn xyah riso..ad toilet kt atas 2...byk tmpt rehat disediakan...mmg salah s2 tmpt y best untuk beriadah...ok jom layan pic2 yg ak ambik kt atas sn...layan zassss....






L-studio

Tekan-Tekan Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

x change