Destinasi ke-2 tahun 2010 adalah Gua tempurung. Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuk kubahnya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Kali ni aku hanya berdua dengan En ali. Bertolak agak lewat dari Ipoh jaya iaitu rumah sewa aku. Lebih kurang 20 minit kami sampai di kawasan gua tempurung. Ketika sampai, kami dapati ramai pelawat lain yang datang. Ada yang sedang bersiap untuk bertolak pulang dan ada yang sedang minum sambil berborak. Kami terus menuju ke kaunter. Di situ terdapat 4 pilihan. 1st. Golden Flowstone, ke-2 Top of the World, ke-3 Top of the World & Short River Adventure dan ke-4 Grand Tour. Sebab berdua, kami hanya boleh mengambil pilihan pertama iaitu golden flostone. Selepas mendapat tiket, kami diminta mengikuti seorang penunjuk arah atau guide.
Masuk melalui pintu gua yang muat untuk 2 orang ketika berselisih. Dipermulaang.tempurung, masih menerima cahaya dari luar. Tapi bila dah masuk dalam cikit, hanya cahaya lampu saja yang digunakan. So kalau nak masuk bawak la torchlight sendiri, coz setengah tempat tak ada lampu. Perjalanan diteruskan dengan melalui titi dan tangga yang disediakan. Di tengah gua terdapat stalagmit yang besar, dengan menaiki tangga aku dapat lihat stalagmit tu dari atas. Kat bawah ada group yang terjerit2 ketika meredah air. Guide kami terlalu laju, so kami biarkan dia terus ke depan. Kami teruskan lagi perjalanan naik turun tangga, hingga sampai di satu peringkat yang mana ketika melintasi kawasan tu..boleh rasa tiupan angin yang agak kuat. Peluang ni kami ambil untuk menyejukkan badan yang dah berpeluh.
Habis rilek, kami terus lagi berjalan meredah gelap cerah gua tempurung. Banyak gambar yang aku snap, coz kalau ambil 1 2 belum tentu nampak jelas. Snap pakai fon je, lain la kalau pakai Nikon D90. Sampai di satu stage, memang dah tak ada orang. Tinggal kami je. Keadaan semakin gelap, coz ada lampu yang tak dinyalakan.
Sebelum penghujung jalan, kami perlu menuruni tangga yang agak tinggi. Boleh dikatakan setinggi 2 atau 3 tingkat bangunan. Keadaan memang bahaya, coz tak ada lampu pun yang dinyalakan. Setiap langkah perlu berhati-hati. Akhirnya berjaya juga turun. Walaupun tak ada lampu kat bawah tu, kami masih berjalan ke penghujung. Selepas snap beberapa gambar, kami berpatah balik untuk pulang ke pintu masuk gua. Tangga tadi didaki, peluh dah mula membasahi baju. Ketika berpatah balik, baru kami jumpa group lain yang baru sampai ke situ.
Kami sampai di tempat tiupan angin tadi. Berehat sebentar, sambil menikmati tiupan angin yang tak tahu mana puncanya. Langkah dicepatkan, coz tekak dah mula terasa perit meminta air. Akhirnya sampai juga ke pintu masuk gua. Sebelum balik, kami singgah dikedai cenderahati. Selepas membeli cenderahati, kami bertolak pulang meninggalkan gua tempurung yang mana pernah menjadi tempat persembunyian komunis pada tahun 1950 hingga 1960. Namun pada tahun 1970, gua tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.
p/s: len kali ajak ramai2, nak ambik Top of the World atau Top of the World & Short River Adventure. Tak pun ambik Grand Tour terus..
3 comments:
bila nak nek everest lah???
da pnh pegi.. best! redah air yang best.. :)
everest kn mintk peruntukan la...xdk modal..hahahaha
Post a Comment