nuffnang

Tuesday, 6 December 2011

Antara Tangga dan Eskalator


Antara tangga biasa dengan eskalator mana yang anda pilih?mesti nek eskalator kan?senang..tak payah nak guna tenaga...tapi lain pulak tangga ini..kalau anda jumpa mesti anda pun memilih tangga ini berbanding eskalator..jom layan tengok tangga yang jarang digunakan diubahsuai untuk meningkatkan penggunaannya..layaann zasss....


Friday, 2 December 2011

Naruto - Jinchuuriki VS Jinchuuriki

Ok episod terbaru iaitu sambungan daripada episod Terbaru Naruto & Killer B VS Jinchuriki lain!!! yang mana Naruto dan Killer B berdepan dengan Jinchuuriki yang bersama Tobi a.k.a Madara. Pertarungan diteruskan lagi untuk berdepan dengan Tobi, Naruto dan Killer B mesti tewaskan Jinchuuriki dahulu.


Perlawanan dimulakan dengan Fu dan juga Killer B...serangan oleh Killer B semua dapat dielak oleh Fu, walaupun dari arah titik buta. Episod lepas kita dah tahu yang semua Jinchuuriki ada mata Sharingan dan Rinnegan. So...ni la sebabnya Fu dapat elak semua serangan Killer B.


Ingat lagi tak pertarungan Jiraiya dengan Pain dan naruto dengan Pain? sama jugak dengan kali ni..setiap mata Rinnegan disambung kepada semua Jinchuriki. Maknanya kalau Fu tak nampak dari arah titik buta...Jinchuuriki lain boleh nampak.

Junchuuriki + Rennegan + Sharingan memang betul-betul kuat. Tapi Naruto dan Killer B dapat mengesan teknik ini.


Apa tindakan Naruto?Killer B pulak dah bertukar jadi Hachibi sepenuhnya...nantikan episod seterusnya....


credit :- http://www.mangareader.net/naruto/565 mangareader.net

Tuesday, 29 November 2011

Ootaakkk...Oootaakk..!!!!



"Otaaakkk...oootaakkk..." ni salah satu dialog dalam zombie kg. pisang...tapi kita bukan nak cakap pasal zombie atau otak-otak yang selalu kita makan tu...tapi tentang otak kita. Organ yang ada kat dalam kepala kita. Tiap-tipa hari kita guna organ ni...Otak adalah organ yang penting kepada kita yang mana termasuk dalam salah satu organ vital...Ia berfungsi mengkoordinator atau bahasa mudahnya...mengawal seluruh sistem saraf badan kita melalui neuron. Otak kita mempunyai beribu satu rahsia dan keunikannya tersendiri. So..checkitout..zasssss!!!




1. Mempunyai berat sekitar 1300-1400 gram.
2. Tersusun dari 100 milion sel saraf atau nama lain neuron.
3. Mempunyai aliran darah 0.85 liter/minit.
4. Mengawal pemikiran dan tindakan.
5. Terbahagi kepada dua bahagian yang mempunyai fungsi berlawanan.
6. Mampu menghantar trilion signal yang mana neuron saling berhubung.
7. Tindakan refleks, minda bawah sedar, bernafas, tidur dan mimpi juga dikendalikan oleh otak kita.
8. Otak kita terdiri dari 76% air.
9. Ketika dalam rahim.. 8000 sel otak akan tumbuh setiap saat.
10. Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak percaya tak? sebab sehebat mana pun komputer super atau gadget-gadget yang berteknologi tinggi..ianya dicipta dan direka oleh manusia yang menggunakan otak! 


Insan yang cemerlang..datangnya dari akal..otak yang bersih..hatinya yang tenang...jiwa yang aman..renung-renugkan..selamat beramal...!!!

Monday, 28 November 2011

Kelahiran Baru DiKepulauan Canary

      
Penduduk Pulau El Hierro dikejutkan dengan gelembung buih-buih setinggi 18 meter diikuit dengan bau sulfur dan kelihatan dipermukaan air....ia berpunca daripada aktiviti gunung berapi dasar laut selepas gempa bumi 4.3 skala ricther pada 5 Nov. lalu.



Pihak berkuasa sepanyol telah mengeluarkan arahan untuk menutup pelabuhan La Restinga di selatan pulau tersebut..termasuklah pesawat juga dilarang membuat pernerbangan dikawasan itu. Selama lebih sebulan aktitivi gunung berapi dasar laut ini menakutkan penduduk dan juga pelancong yang mana memberi ancaman keselamatan.


Letusan gunung berapi ini telah dikesan seminggu sebelumnya yang mana 10,000 gegaran telah direkodkan..letusan itu mengeluarkan magma berwarna hijau dipermukaan laut. Pakar geologi berkata, letusan itu mampu melahirkan sebuah pulau baru di Kepulauan Canary tersebut. Disebabkan perkara ini...banyak cadangan nama bagi pulau baru tersebut antarnya Atlantis, Discovery, atau The Beast.



Kerajaan telah mengarahkan penduduk berpindah disebabkan letusan tersebut hanya 69m atau 225 kaki sahaja dari permukaan laut...namun penduduk ghairah mahu melihat daratan baru yang bakal muncul dikepulaun mereka. Tapi apa pun..ia bergantung kepada kekuatan letusan.


Haiwan Pelik??!!!

Haiwan pelik???!!tak pelik sangat...sebenarnya bukan pelik..cuma jarang kita lihat...kalau hari-hari kita jumpa...mesti tak rasa pelik kan?hahahaha...apa pun jom tengok haiwan yang dikatakan pelik tu....zassss

1.Tikus mondok berhidung bintang (Condylura cristata) - ala..yang dalam movie G-force 2...ingat tak?



2. Sotong Kutub Selatan (Mesonychoteuthis hamiltoni) - haiwan yang mempunyai mata paling besar...dapat seekor makan sebulan tak abis lagi nih..huhuhuhu



3. Aye-aye (Daubentonia madagascariensis) - yang ni pulak dalam madagascar...taw tak yang mana satu?



 4. Ketam Yeti (Kiwa hirsuta) - tengok pengepit dia...macam tengan yeti kan?


5. Platipus (Ornithorhynchus anatinus) - Si mulut itik semi akuatik...



6. Kelawar Madagascar (Myzopoda aurita) - tengok telinga dia...besar tak?



7. Narwhal (Monodon monoceros) - Ikan bertanduk kutub...tajam tuu...



8. Liger (Panthera Tigris) - Lion + Tiger = Liger



9. Jerboa (Dipodidae) - Tikus bertelinga besar ni maw lawan dengan Kelawar Madagascar..tengok telinga sapa lagi besar..hahahha



10. Katak Mexico (Rhinophrynus dorsalis) - katak yang suka duduk dalam tanah....huhuhhuhu



L-studio

Tekan-Tekan Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

x change