nuffnang

Tuesday 14 August 2012

Rasulullah S.A.W Pun Bergurau (Islam itu Indah)


       Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan yang patut kita ikuti kerana firman Allah di dalam surah al-Qalam ayat 4 yang bermaksud “Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.”


Gurauan merupakan fitrah kejadian insan. Menafikan gurauan akan menjadikan manusia tidak normal kerana bertentangan dengan fitrah semulajadi. secara umumnya maksud bergurau adalah perbuatan, perkataan dan sebagainya yang mencuit dan menggelikan hati orang lain. 

Pernah suatu ketika, Sufyan bin Uyainah ditanya apakah bergurau itu termasuk perbuatan tercela?. Beliau menjawab "tidak, bahkan termasuk sunnah bagi yang dapat melakukannya sesuai dengan tuntutannya."


Rasulullah S.A.W juga ada menyebut...

bahawa melakukan perbuatan yang menyenangkan orang lain boleh dikatogerikan sebagai kebajikan.

"senyummu untuk saudaramu adalah kebajikan (sedekah)." (Riwayat Imam Ahmad).

Mungkin kita jarang mendengar bagaimana cara Rasulullah bergurau dengan para sahabat dan juga isteri baginda. Di sini diturunkan beberapa kisah cara Rasulullah bergurau.

Orang Tua Tidak Layak Masuk Syurga

Pada suatu hari datang seorang wanita tua menemui Rasulullah untuk meminta doa baginda supaya wanita tua itu boleh memasuki syurga.

Baginda s.a.w bersabda: “Wahai makcik!syurga tidak akan dimasuki oleh wanita tua sepertimu!”.

Jawapan Rasulullah itu membuatkan wanita tua itu menangis tersedu-sedu. Setelah itu barulah Rasulullah menjelaskan kepada wanita tua dan para sahabat baginda bahawa syurga tidak akan dimasuki orang yang sudah tua kerana pada ketika itu manusia akan memasuki syurga dalam umur yang muda tidak kira sama ada ketika di dunia dia mati dalam usia tua atau muda.

Lelaki Badwi Bernama Zahir

Dalam sebuah riwayat yang lain, seorang lelaki Badwi bernama Zahir sering memberi hadiah kepada Nabi s.a.w. Akhlaknya yang istiqamah dalam memberikan hadiah kepada Rasulullah s.a.w menyebabkan baginda menyayanginya.

Suatu hari ketika Rasulullah memeluk Zahir dari belakang di pasar madinah menyebabkannya terkejut dan terus menjerit: 

”Lepaskan saya, lepaskan saya!”

Lalu Rasulullah bergurau dengan para sahabat yang berada dlam pasar Madinah dengan sabdanya yang bermaksud:

“Siapa yang mahu membeli hamba?”

Apabila Zahir menyedari bahawa Rasulullah s.a.w yang memeluknya, dia lantas bertanya:

“Wahai Rasulullah, adakah engkau mahu menjual aku? Aku bukanlah seorang yang kacak juga bukanlah seorang yang kaya”.

Lantas Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya engkau di sisi Allah adalah teramat mahal!!” 

Begitulah serba sedikit cara Rasulullah s.a.w dalam bergurau. Jika dilihat gurauan baginda sentiasa berpaksikan kebenaran kerna sesungguhnya baginda selalu mengatakan yang benar sepanjang hayat baginda.


Anak Unta Betina

Anas bin Malik r.a. mengkhabarkan, “Sesungguhnya ada seorang lelaki meminta kepada Rasulullah S.A.W. agar ia dibawa naik kenderaan.

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Baik, aku akan membawamu di atas anak unta betina”.

Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, apa yang dapat aku lakukan dengan anak unta betina itu?”

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bukankah yang melahirkan unta itu unta betina?”


Moral

- Rugi tak bergurau kerana ia menjadi sunnah jika sesuai dengan tuntutan.
- Tak salah Bergurau, tetapi mestilah ada batasan.
- Bergurau boleh menceriakan orang lain.
- Islam itu indah

p/s : Jangan mudah terasa jika sahabat kita bergurau...join sekali gurauan tu...sesekali apa salahnya jadi bahan gurauan...tetapi yang bergurau jangan lebih-lebih... :)

2 comments:

shafiqabdshukor said...

bergurau dengan cara yg pintar..

Hasbullah Hamzah said...

yup....dan juga benar =)

L-studio

Tekan-Tekan Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

x change