nuffnang

Saturday, 13 October 2012

Resipi Bujang - Ayam Masak Serai


Assalamualaikum w.b.t....Hari-hari cuti ni wat pa kat umah?? mesti bosan kan? kebanyakan orang akan bersantai dirumah saja cuti hari minggu ni....rehat kan...ok sama la macam aku jugak...bosan-bosan tak tahu nak awat apa..perut pun lapar...nak keluar umah rasa macam malas je..huhuhuhu...so aku pun pegi la godek-godek kat dapur dengan housemate..apa yang ada...Ayam jer ada!!?? dengan itu bermulalah resipi orang bujang..masuk jer apa ada..hahahaha..ok jom try resipi ni...


(Untung hidangan 2 orang)

- 1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
- 2 ulas bawang putih +  1/2 labu bawang besar + 1 batang serai + 3 biji cili padi (dikisar)
- 2 inci carrot  (dipotong)
- 1/2  labu bawang besar (dihiris)
- Garam halus secukup rasa
- Serbuk perasa secukup rasa
- Minyak


1. Mula-mula panaskan minyak.
2. Masukkan bawang putih + bawang merah + serai + cili yang dikisar bersama. Tambah air sedikit.
3. Tumiskan hingga naik bau.
4. Masukkan ayam yang dipotong kecil. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.
5. Masak hingga lembut. Tutup jika perlu.
6. Masukkan bawang besar yang dihiris dan juga carrot. biarkan hingga layu.
7. Siap dan hidangkan...sedia untuk dimakan...

Mudahkan?..hahahha...resipi bujang yang mudah dan cepat...selamat mencuba!!

3 comments:

Syaifuddin Alias said...

amboi sedapnya..hehe

bro elakkan guna verification code bawah komen ni .. :D

EPIK said...

bak sini sikit...nk rase gak...hehehe

Pesta Layang-Layang Di Australia

Aisyah Ghazi said...

thx admin for the recepi. i dh try dh. mmg sdp and jdi. lain la sikit makannan harian i lepas ni hhu Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.


>>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

L-studio

Tekan-Tekan Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

x change