nuffnang

Wednesday 17 October 2012

Rukun Solat


Assalamualaikum w.b.t...Hari ni aku nak kongsi sama-sama mengenai rukun solat...kadang-kadang benda macam ni kita lupa..bila orang tanya..ada berapa rukun solat?..har..kita dah tak tau..walaupun kita solat tiap-tiap hari...tapi kita tak tahu yang mana rukun dalam solat...sebenarnya bukan tak tau...tak ingat...aku pun bukan la pandai sangat..tapi sama-sama kita kongsi apa yang kita tahu dan tambah apa yang kita kurang.... :)

Rukun Solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas (13) rukum yang terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu rukun qalbi, fi`li, dan qauli.


3 Kategori bahagian rukun solat :

Rukun Qalbi - Adalah rukun yang berasaskan kepada hati.

Rukun Fi`li -Adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. pergerakan badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.

Rukun Qauli - Adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.

13 Rukun Solat :

1. Niat - Qalbi
2. Berdiri betul - Fi`li
3. Takbiratul ihram - Qauli
4. Membaca Al-Fatihah - Qauli
5. Rukuk - Fi`li
6. I`tidal - Fi`li
7. Sujud - Fi`li
8. Duduk antara dua sujud - Fi`li
9. Duduk tahiyat akhir - Fi`li
10. Membaca Tahiyat akhir - Qauli
11. Selawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir - Qauli
12. Salam - Qauli
13. Tertib - Qalbi

Kat sini juga aku sediakan video daripada Ustaz Don mengenai rukun solat..moga kita lebih faham perkara-perkara yang kadang-kadang nampak kecil, tapi sebenarnya penting...

Niat : 



Berdiri Tegak :



Takbiratul ihram :




Membaca Al-Fatihah :



Rukuk :



I`tidal :



Sujud :





Duduk antara dua sujud :



Duduk dan membaca tahiyat akhir :




Membaca selawat dalam tahiyat akhir :



Salam :



Tertib :




P/s : Apa yang baik datang dari Allah...yang tak baik dari salah silap aku sendiri...ada salah kat mana-mana tolong betulkan...sama-sama kita kongsi ilmu... wassalam..

No comments:

L-studio

Tekan-Tekan Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

x change