nuffnang

Monday 28 November 2011

Kelahiran Baru DiKepulauan Canary

      
Penduduk Pulau El Hierro dikejutkan dengan gelembung buih-buih setinggi 18 meter diikuit dengan bau sulfur dan kelihatan dipermukaan air....ia berpunca daripada aktiviti gunung berapi dasar laut selepas gempa bumi 4.3 skala ricther pada 5 Nov. lalu.



Pihak berkuasa sepanyol telah mengeluarkan arahan untuk menutup pelabuhan La Restinga di selatan pulau tersebut..termasuklah pesawat juga dilarang membuat pernerbangan dikawasan itu. Selama lebih sebulan aktitivi gunung berapi dasar laut ini menakutkan penduduk dan juga pelancong yang mana memberi ancaman keselamatan.


Letusan gunung berapi ini telah dikesan seminggu sebelumnya yang mana 10,000 gegaran telah direkodkan..letusan itu mengeluarkan magma berwarna hijau dipermukaan laut. Pakar geologi berkata, letusan itu mampu melahirkan sebuah pulau baru di Kepulauan Canary tersebut. Disebabkan perkara ini...banyak cadangan nama bagi pulau baru tersebut antarnya Atlantis, Discovery, atau The Beast.



Kerajaan telah mengarahkan penduduk berpindah disebabkan letusan tersebut hanya 69m atau 225 kaki sahaja dari permukaan laut...namun penduduk ghairah mahu melihat daratan baru yang bakal muncul dikepulaun mereka. Tapi apa pun..ia bergantung kepada kekuatan letusan.


3 comments:

Asy Faro said...

cantik gila =D

Rasmuna Mun said...

subhanallah....

bib2426 said...

subhanallah...fenomena apekah ini?

L-studio

Tekan-Tekan Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

x change